30.11.55

Jabatan Keselamatan Dalam Negari Kawasan 4 (Bahagian Hadapan)


             Rusuhan yang berlaku di Wilayah-wilayah Sempadan Selatan Thailand; Yala, Pattani, Naratiwat dan Songkhla sejak tahun 2004 sehingga kini 2012 menimbulkan banyak kemusnahan kepada nyawa rakyat, pegawai-pegawai dan harta benda kerajaan. Dalam mengadakan tindakan terhadap suspek yang terlibat, kerajaan Thailand yang diwakili oleh Mahkamah Keadilan dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, Kawasan 4 Bahagian Hadapan telah mengadakan pertimbangan, proses soal selidik dan soal siasat terhadap mereka yang disyaki secara berterusan. Akan tetapi, dalam waktu yang sama tersiarnya berita dan maklumat-maklumat yang salah melalui sebahagian media, agensi atau beberapa organisasi yang berkenaan dengan hak kemanusiaan, yang boleh menjejaskan proses keadilan dan nama baik Negara Thai. Demi menimbulkan persefahaman terhadap kenyataan yang berlaku, dan terhadap niat baik kerajaan Thai, yang bertekad untuk menimbulkan keamanan dan kebahagian hakiki kepada rakyat di kawasan tersebut. Dengan ini Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, Kawasan 4 Bahagian Hadapan mewakili kerajaan Thai dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Kerajaan Thai menyatakan kepada mereka yang berkenaan dan semua rakyat Thai, di dalam maupun di luar Negara agar mengetahui tentang kenyataan-kenyataan yang berlaku seperti berikut:
            1. Kerajaan Thailand tetap mengiktiraf dan mematuhi resolusi dalam mengatasi masalah keamanan yang berlaku terhadap rakyat yang ikut terlibat, serta kerajaan semua negara yang mesti melaksanakan dengan berdasarkan prinsip-prinsip hak asasi manusia. Dan undang-undang penerusan hidup manusia secara teguh.
            2. Kerajaan dan Pejabat Keselamatan Dalam Negeri yang mewakili Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, Kawasan 4 Bahagian Hadapan tidak akan mengecualikan dan akan melaksanakan hukuman secara keras terhadap mana-mana pegawai kerajaan atau pegawai soal selidik yang melakukan pencerobohan terhadap hak asasi manusia, atau melakukan sebarang perbuatan yang menceroboh hak peribadi yang boleh menimbulkan kemusnahan terhadap jiwa, anggota badan atau harta rakyat yang memasuki proses ini.


            3. Maklumat statistik dalam pelaksanaan terhadap rakyat yang disyaki, mereka yang masuk ke dalam proses soal selidik yang dijalankan oleh pegawai, pihak kerajaan Thai melalui pegawai soal siasat terpaksa melaporkan jumlah secara total, termasuk juga kes-kes keamanan yang bertujuan untuk menimbulkan keganasan dan ketidakamanan di kawasan tertentu. Dan kes-kes yang berlaku tujuan peribadi yang dinamakan kes umum, antaranya ialah kejadian yang berlaku antara tahun 2004 hingga tahun 2012 sebanyak 102,367 kes. Akan tetapi pada kenyataannya kes keamanan yang berlaku hanya 8,537 kes sahaja atau 8.31 peratus atau purata 25.6 kes/daerah/tahun dalam tempoh 9 tahun yang lalu.
            4. Laporan jumlah total terhadap kes-kes yang berlaku, pada awalnya boleh menimbulkan kekeliruan yang ketara, disebabkan beberapa perkara di bawah;
        Pertama Untuk memastikan kes setelah menjalankan penangkapan tidak boleh dipastikan dengan secepat mungkin. Oleh kerana terpaksa menunggu saksi yang berupa benda atau saksi di segi forinsik secara jelas barulah boleh dipastikan terhadap kes-kes itu. Oleh yang demikian, maka hal ini dinyatakan dalam bentuk umum, dengan ini menyebabkan jumlah kes-kes yang berlaku sangat banyak.
        Kedua Pengumuman jenis kes, bahawa yang manakah kes keamanan dan yang manakah kes peribadi dengan tanpa pertimbangan yang serius, boleh menjejaskan kes atau hak yang akan diperolehi oleh rakyat terhadap kes keamanan atau kes umum.
            5. Dari kes-kes keamanan berjumlah 8,537 kes di atas. Setelah dimasukkan kedalam proses soal siasat, adu dan pembicaraan kes, pihak soal siasat, pendakwa dan mahkamah kerajaan Thai telah menggunakan prinsip keadilan dan kemanusiaan dalam pembicaraan tersebut. Dan kes-kes itu hanya boleh diadukan hanya 430 kes sahaja. Hasil pembicaraan yang terakhir boleh diputuskan hukuman mengikut proses keadilan Neagara Thai berjumlah sebanyak 177 kes. Dan kes dipecat untuk faedah kepada mereka yang disyaki sebanyak 253 kes atau 58.84 kes.
            6. Kerajaan Negara Thai dan jemaah kerja proses keadilan bagi Negara Thai berharap butir-butir di atas dapat mengahapuskan salah faham, dan mohon yakin terhadap keikhlasan, keadilan yang berteraskan hak asasi manusia dalam mengatasi masalah keamanan di kawasan-kawasan Wilayah Sempadan Selatan Thai yang akan diadakan secara terus menerus, tekun dan sabar dan boleh didedahkan kepada khalayak pada bila-bila masa.

ไม่มีความคิดเห็น:

แสดงความคิดเห็น